Saturday, November 29, 2008

Percutian di Phuket selepas Tsunami (Disember 2006)

Phuket, sebuah pulau peranginan yang terkenal di selatan Thailand telah kujejaki pada pertengahan Disember 2006. Walaupun baru dilanda tsunami, namun pulau ini telah dibangunkan semula tanpa sedikit pun menampakkan kesan amukan ombak besar.  Pelancong masih berpusu-pusu ke pulau ini terutamanya para pelancong dari Eropah. Aku berada di sana selama empat hari tiga malam. Selain melihat keindahan panorama pantainya, aku sempat menaiki bot laju ke pulau James Bond, menunggang gajah meredah belukar, melawat pusat ternakan ikan, kilang memproses buah gajus dan sebagainya.

 Walaupun pulau ini tidaklah  sebesar mana, tetapi prasarananya lengkap,  ada pula gedung membeli-belah seperti  Tesco dan Carrefour! Pada sebelah malamnya pula, aku makan ala buffet sebelum menikmati persembahan kebudayaan di Phuket FantaSea.  Tempat ini bermandikan cahaya bergemelapan dan acara yang dipersembahkan pula  bertaraf antarabangsa. Sungguh menakjubkan! Memang berbaloi sekali dengan harga tiket dan hidangan buffetnya.  Ketika itu, terfikir dalam benakku, bilakah Pulau Langkawi, Pulau Redang atau Pulau Tioman dapat menandinginya??!!!                                                

Makan buffet dan menonton persembahan kebudayaan di sini





Pantai Patong


Nasi Nanas Bergajus


Mengopek biji gajus dengan mesin khas


Pantai Patong....tempat bencana tsunami....rakaman dari atas bukit..




Replika buah gajus....di luar kilang memproses gajus



Pelbagai jenis serangga goreng...cengkerik, belalang,...entah apa lagi....macam orang India menjual kacang putih pulak!!


Di luar perairan Phuket...Pulau James Bond...gua batu kapur....





Batu Belah Batu Bertangkup....??!!







Restoran Terapung


Menunggang gajah meredah belukar


Friday, November 28, 2008

10 Hari Mengembara Ke Pulau Jawa & Pulau Bali pada Tahun 2005

Hari pertama mendarat di kota Jakarta dengan pesawat AirAsia, kota metropolitan yang hingar-bingar dan sibuk itu,kami berlima tidak dapat menyesuaikan diri lalu segera berangkat ke kota Bandung dengan menaiki kereta api. Sepanjang perjalanan, panorama yang indah di luar tingkap kereta api menarik perhatian saya. Bukit-bukau yang menghijau, yang diseliputi awan dan kabus tebal serta batas-batas sawah bertingkat, amat menyejukkan hati sesiapa sahaja yang sedang berkecamuk! Setiba di stesen kereta api Bandung, kami mencari hotel untuk bermalam. Kami juga meninggalkan pesan di kaunter pelancongan untuk mencari seorang pemandu pelancong.

Keesokan paginya, datang seorang lelaki berbadan tegap ke lobi hotel, (kebetulan kami sedang merancang bagaimana nak mulakan lawatan kami di kota Bandung ini) katanya dia telah mendapat pesanan yang kami tinggalkan dan sudi menjadi pemandu kami. Selepas perbincangan dibuat, kami pun bersetuju mengupahnya. Kami dibawa mendaki gunung berapi yang baru saja meletus. (sila lihat gambar yang dilampirkan, nama gunung dah lupa)Kelihatan asap berkabonit berkepul-kepul naik ke udara.Pokok-pokok mati hangus akibat terkena muntahan lava panas. Selama beberapa hari di kota Bandung, kami sempat melawat ke beberapa tempat menarik di sana, selain mendaki beberapa buah gunung berapi hidup lagi di samping menikmati juadah tempatan yang enak.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Jogjakarta, untuk melihat dengan mata kepala sendiri,betapa agungnya candi Budha purba Borobudur yang tersergam indah di sana. Begitu juga dengan candi Hindunya...Candi Prambanana. Kami juga ke bandar diraja Solo, melihat istana lama di sana. Perjalanan dengan van rusa toyota itu terus merentasi selat..?? lupa pula namanya..dengan menumpang feri..(macam feri di Pulau Pinang, tapi lebih besar sikit)dan terus ke Pulau Bali...huhhh..pulau ini memang syurga bagi pelancong-pelancong Mat Salleh yang suka bersantai di bawah panahan mentari itu. Pulau Bali memang kaya dengan unsur-unsur mitos Hindunya..amat berbeza dengan budaya dan cara hidup masyarakat di Pulau Jawa. Kalau umur panjang, saya akan melawat ke pulau peranginan ini lagi.

Sepanjang 10 hari pengembaraan ini, apa yang dapat saya rumuskan ialah, betapa bertuahnya rakyat Malaysia, berbanding dengan rakyat Indonesia, yang hidup serba daif! Menurut pemandu pelancong yang berketurunan Jawa Sunda tu, dia amat kagum dengan kaum bumiputera Malaysia, yang serba serbi mendapat bantuan dan perlindungan kerajaan, tak seperti rakyat Indonesia, yang terpaksa hidup berdikari. Begitu juga dengan waris Kesultanan Solo, mereka tiada cola,tiada elaun sara hidup, satu sen pun kerajaan tak bagi. Mereka menyara hidup dengan tulang empat kerat mereka! Aduh, memang bertuah raja-raja Melayu kita ya! Bersyukurlah....

Lanskap di luar Cottage ... tempat penginapan kami di Pulau Bali

Panorama di luar tingkap kereta api dari Jakarta ke Bandung.... sawah bertingkat


Tanah Lot di Pulau Bali


Upacara keagamaan di Pulau Bali...penghantaran abu mayat ke tanah perkuburan



Kebetulan...ternampak satu upacara keagamaan di sebuah perkampungan, Bali lalu berhenti untuk melihat seketika



Pemandangan biasa di setiap hotel, kotej, kafe...di Pulau Bali


Mercu Tanda Pulau Bali



Upacara penghantaran abu mayat keluarga ke tanah perkuburan


Keindahan Lanskap Cottage


Candi Hindu Prambanana di Jogjakarta

Candi Borobudur





Keheningan  pagi di Bandung


Gunung berapi yang baru meletus....tinggal tunggul-tunggul kayu saja

Asap berbau sulfur menyusuk batang hidung

Saturday, November 1, 2008

Selamat Datang ke Blog Kekwa66


Selamat datang ke blog saya. Kita sembang-sembang macam di kedai kopi ya.  Ada apa-apa cerita tentang lawatan, pelancongan atau pun pengembaraan yang menarik, marilah kita berkongsi bersama.    Kata orang tua-tua, jauh berjalan luas pandangan.  Memang betul...rasa puas dan nikmatnya sukar digambarkan!!