Saturday, November 29, 2008

Percutian di Phuket selepas Tsunami (Disember 2006)

Phuket, sebuah pulau peranginan yang terkenal di selatan Thailand telah kujejaki pada pertengahan Disember 2006. Walaupun baru dilanda tsunami, namun pulau ini telah dibangunkan semula tanpa sedikit pun menampakkan kesan amukan ombak besar.  Pelancong masih berpusu-pusu ke pulau ini terutamanya para pelancong dari Eropah. Aku berada di sana selama empat hari tiga malam. Selain melihat keindahan panorama pantainya, aku sempat menaiki bot laju ke pulau James Bond, menunggang gajah meredah belukar, melawat pusat ternakan ikan, kilang memproses buah gajus dan sebagainya.

 Walaupun pulau ini tidaklah  sebesar mana, tetapi prasarananya lengkap,  ada pula gedung membeli-belah seperti  Tesco dan Carrefour! Pada sebelah malamnya pula, aku makan ala buffet sebelum menikmati persembahan kebudayaan di Phuket FantaSea.  Tempat ini bermandikan cahaya bergemelapan dan acara yang dipersembahkan pula  bertaraf antarabangsa. Sungguh menakjubkan! Memang berbaloi sekali dengan harga tiket dan hidangan buffetnya.  Ketika itu, terfikir dalam benakku, bilakah Pulau Langkawi, Pulau Redang atau Pulau Tioman dapat menandinginya??!!!                                                

Makan buffet dan menonton persembahan kebudayaan di sini





Pantai Patong


Nasi Nanas Bergajus


Mengopek biji gajus dengan mesin khas


Pantai Patong....tempat bencana tsunami....rakaman dari atas bukit..




Replika buah gajus....di luar kilang memproses gajus



Pelbagai jenis serangga goreng...cengkerik, belalang,...entah apa lagi....macam orang India menjual kacang putih pulak!!


Di luar perairan Phuket...Pulau James Bond...gua batu kapur....





Batu Belah Batu Bertangkup....??!!







Restoran Terapung


Menunggang gajah meredah belukar


2 comments:

Anonymous said...

hai kekwa...nak tanya tempat menarik yg leh d lawat d phuket d mana>??tempat makan yg halal?transport macam mana??

kekwa66 said...

Terima kasih melayari blog saya. Kami cari travel agency sebaik sahaja sampai di sana, mereka akan aturkan segala-galanya.