Monday, December 29, 2008

Lawatanku ke Ipoh dan Taiping

Atas permintaan teman chatku dari Indonesia yang ingin mengetahui ceritaku sepanjang lawatanku ke Ipoh dan Taiping pada 13 Disember yang lalu, justeru kumakbulkanlah permintaannya itu hari ini.

Pada 13 Disember, aku ke Ipoh dengan menaiki bas ekspres S.E. di hentian bas Melaka Sentral. Bas bertolak pada pukul 9.30 pagi. Aku sepatutnya tiba di Ipoh lebih kurang pada pukul 2.30 petang. Malangnya, perjalanan aku telah memakan masa selama tujuh jam! Aku bersumpah tidak akan menaiki bas ekspres ini lagi pada masa akan datang! Bas ekspres ini telah singgah di Seremban dan Klang untuk mengambil dan menurunkan penumpang.

Yang paling menggeramkan ialah kami disuruh berpindah ke bas yang lain semasa di Klang. Apa yang menaikkan darahku lagi ialah kedua-dua orang pemandunya asyik merokok di sepanjang perjalanan, sesak nafasku dibuatnya! Setibanya aku di Ipoh, aku disambut oleh rakanku yang telah lama menunggu. Aku dibawa pulang ke rumahnya di Gunung Rapat. Hidangan mi karinya licin kubedal akibat kelaparan! Pada sebelah malamnya pula, kami pergi melawat seorang sahabat lama yang akan berpindah ke Sungai Petani pada keesokan harinya. Maka bersembanglah kami berjam-jam lamanya di sana.
Pada awal pagi Ahad pula, kami pergi ke Taiping dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa sejam sahaja. Di Taiping, kami dibawa berjalan-jalan dan makan-makan oleh seorang kenalan lama di sana. Selain bergambar di Tasik Taiping dan kaki bukit Bukit Larut, kami dibawa 'melawat' ke kem tahanan ISA di Kemunting. Hujan lebat ketika itu,  aku hanya dapat merakamkan gambar pintu gerbangnya dari dalam kereta sahaja. Kami pulang ke Ipoh pada petang itu juga.
Sepanjang berada di Ipoh, aku betul-betul dapat merehatkan hati dan minda! Aku pulang ke Melaka pada 20 Disember. Kepulanganku ini 'diiringi' oleh dua orang teman dari Ipoh. Maka terpaksalah aku melayan mereka selama tiga hari selaku tuan rumah pula. Aku telah membawa mereka melawat ke Perigi Hang Tuah, A Famosa, Bangunan Stadhuys, Bukit/Gereja St. Paul, Perkampungan Portuguese dan Jonker Street. Tidak lupa juga aku membelanja mereka makan juadah popular Melaka seperti laksa nyonya, nasi ayam bebola, ayam tanduri, sate celup, ikan bakar, cendol dan sebagainya. Mereka sungguh berpuas hati dengan layanan yang kuberikan itu.
Untuk memenuhi permintaan rakan di Indonesia itu, aku lampirkan gambar-gambar yang berkaitan di bawah ini. (hmmm..sebenarnya inilah yang diidam-idamkannya, bukan cerita aku..kakaka!!)

Pokok Krismas di Perkampungan Portugis

Pintu Gerbang di Portuguese Settlement (Perkampungan Portugis)
Roti Nan...dipanggang di dalam tempayan besar
Ayam panggang tanduri...sajian popular masyarakat India Utara
Emmm...enaknya! Restorannya terletak di Kota Laksamana

Perigi Lapan Penjuru di Tehel
Perigi Hang Tuah...banyaknya pelancong hari tu...tertangkap pulak gambar amoi cun !
Pokok Buah Naga di tepi Perigi Hang Tuah
Rumah Melayu Tradisional di sebelah Perigi Hang Tuah
Bukit/Gereja St. Paul
Pemain Ular di Rumah Merah (Stadhuys)
Sungai Melaka...bersih dan indah
Stesen Kereta Api Ipoh

Kem Tahanan ISA Kemunting, Taiping
Tasik Taiping




8 comments:

oenbeng said...

"Mereka sungguh berpuas hati dengan layanan yang kuberikan itu." Apakah layanan yg di beri oleh rakan2 Ipoh itu hanya asap and air hujan sahaja??? Kenapa ta di pujikan pulah!!!!!

kekwa66 said...

Alamak...sorry lah..terlupa cakap pulak! Ya.. layanan mereka pun bagus sekali Pak...mohon maaf ya!

Unknown said...

Memang baik menulis semula detik-detik pengembaraan kita, satu hari nanti ia akan menjadi bahan rujukan kepada generasi akan datang.

Kalau hendak menulis dalam internet, pastikan buat perenggan yang pendek-pendek, tak lebih 6 baris bagi satu perenggan.

Mata kita lebih selesa membaca di screen komputer dengan perenggan yang pendek dan dijarakkan antara perenggan dengan perenggan berikutnya.

kekwa66 said...

Terima kasih kepada saudara Alias kerana memberikan komen yang membena.
Ya, saya lebih suka menulis cerita pengembaraan saya daripada bersembang tentang isu politik tanah air... Muak rasanya!

Mamamat said...

Salam Kekwa
Tenang saya di blog anda. Membaca kisah dan tengak gambar. Terasa saya yang melancong.
Terima kasih

kekwa66 said...

Terima kasih saudara Mamamat kerana membaca celoteh saya!

Azhar Salleh said...

Salam KEKWA66,
Biarpun telah saya jengah blog saudara, saya masih belum dapat menjawab teka-teki itu. Apa-apapun, teruskanlah usaha saudara menulis dalam blog ini agar pengalaman tersebut dapat dikongsi bersama-sama.
Salam Perjuangan.

kekwa66 said...

Cikgu Azhar,

Kereta lembu dari Melaka,
Singgah sebentar di tepi kali;
Pemelajaran bahasa janganlah leka,
Umur panjang kita bertemu kembali.